Pages

Friday, August 13, 2010

Pandikar Liar

Pandikar Liar merupakan cerita lagenda masyarakat melayu tradisional.Dikatakan pada suatu ketika berlaku pertarungan yang paling agung antara dua pandikar iaitu Pandikar Liar sendiri dengan Pandikar Bukit Hitam.
Pertarungan yang paling agung ini berlangsung beberapa hari tanpa mengira siang dan malam.Dikatakan dalam pertarungan ini Pandikar Liar akhirnya tunduk dengan keluarbiasaan Pandikar Bukit Hitam.Atas kekaalahan inilah Pandikar Liar menuntut ilmu kepandikaran seorang guru Pendita Arif.
Pendita Arif tidak dapat menrima Pandikar Liar sebagai muridnya, sebaliknya memberikan saranan agar berguru dengan seseorang guru penghuni Bukit Rimba Selatan.

Pandikar Liar dengan semangat yang berjiwa waja sanggup menghadapi rintangan dan kesukaran mendaki dan menuruni bukit dan lurah semata-mata ingin menemui guru tersebut.Selang beberapa purnama kemudian Pandikar Liar dapat berjumpa guru tersebut.Beliau menceritakan kisah-kisah yang berlaku ke atasnya sehinggalah peristiwa kekalahannya dengan Pandikar Bukit Hitam dan niatnya ingin mengalahkan Pandikar Bukit Hitam sekembalinya nanti.

Pandikar Liar sebenarnya agak terkejut apabila guru yang bakal mengajarnya seorang perempuan. Apatah syarat memulakan perguruannya hendaklah dia menikahi guru tersebut.Kerana menurut guru tersebut hanya dengan menikahinya saja Pandikar Bukit Hitam boleh dikalahkan.Maka atas dasar itulah Pandikar Liar menikahi guru tersebut.

Selepas Pandikar Liar bernikah pada malam itu, keesokan subuh, Pandikar Liar meninggalkan isteri (guru) tersebut tanpa berguru untuk mencari dan bertarung dengan Pandikar Bukit Hitam.Dalam pertarungan inilah Pandikar Liar tidak merasa kesukaran mengalahkan Pandikar Bukit Hitam.

Selang satu purnama kemudian Pandikar Liar kembali menemui isterinya (gurunya) yang masih tak sedarkan diri sejak dia tinggal.


No comments:

Post a Comment