Pages

Thursday, August 26, 2010

Harapkan Melayu, Melayu Makan Melayu

Dalam beberapa dasawarsa yang lalu para penjajah telah menggembur-gemburkan bahawa golongan peribumi adalah golongan yang tidak mampu berdiri memimpin bangsanya.Para penulis kolonial sekian lamanya melempari tuduhan seumpama ini bahawa bangsa peribumi suka kepada kekacauan, pemberontakpembengis, bersifat radikal dan ekstremis.Lalu mereka menuduh di atas dasar inilah bangsa pribumi menjadi rakyat yang miskin dan primitif,sekaligus jadi manusia beku tanpa cita-cita.

Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya Mitos Peribumi Malas telah menyangkal semua tanggapan dan tuduhan ini lalu beliau memberikan bukti bahawa kaum pribumi adalah sebagai bangsa yang bermaruah dan samasekali tidak akan melayani sebarang tindakan perhambaan kaum kapitalis.

Lalu apakah perkaitan kenyataan mukaddimah ini dengan isu yang saya kemukakan ini? Untuk menjawab persoalan ini saya akan cuba membahas isu ini dalam kaca mata gelagat kepimpinan dan tanggungjawab terhadap bangsa.

Sebagai rakyat Malaysia yang tidak diragui taraf  kewarganegaraannya Pandikarliar merasa marah Apabila melihat kalangan pemimpin bangsa ini ramai yang menganut doktorin Zombies yang sanggup Memakan bangkai bangsanya sendiri.

Wahai pemimpin bangsaku,
Di manakah sudah amanah bangsa yang di amanahkan kepada kamu,
Kenapa begitu sekali naif dan rendahnya maruah mu!
Ke mana sudah hak-hak bumi dulu kau perjuangkan?
Ke mana sudah kau serahkan?

Hak milik tanah bangsaku
Hak milik lesen/permit bangsaku
Hak mengundi bangsaku
Hak Kad Pengenalan bangsaku
Hak surat lahir bangsaku
Hak biasiswa bangsaku
Betapa sekian lamanya kau telah hancurkan
Kau merobek-robekkan seluruh perasaan
Cinta dan kasih sayang bangsa
Terhadapmu!

Hari ini kami bangun menentang kezalimanmu
Bukan kerana membencimu, tidak sama sekali
Hanya permintaan bangsamu,
Kembalikanlah hak itu semua

Hanya kerana bangsamu mempertahankan haknya,
Lantas kau lemparkan kami dengan tuduhan
Eekstrem dan pengkhianat bangsa.
Layakkah kau menuduh bangsamu
pengkhianat bangsa?
Bukankah kuasa yang kau miliki ini
Sebagai tanda kasih bangsamu
terhadap mu?

Masih segar lagi dalam ingatan
Akal budi bangsamu
Peristiwa 3 september
Tiba-tiba kau menjadi buas,
Bengis dan tidak bertimbangrasa,
Algojoh-algojohmu,
Terus mengganas, menyeksa dan menghina
Bangsamu, yang bangun
Menentang kedurjanaanmu

Kesilapan mu amat besar
Membiarkan para gerombolan Pati Karma Wijaya
Menguasai kerajaan mu,
Kau jadikan mereka penasihat peribadi mu
Lalu kau bertindak di luar batas kemanusiaan mu

Kau selayaknya yang digelar
Pengkhianat bangsa mu,
Kau sembunyikan kezaliman mu
Atas nama fatamorgana keadilan yang ciptakan
Lakonan mu sungguh mengkagumkan.



























No comments:

Post a Comment